Tuesday, June 2, 2009

BENTENG PERTAHANAN ORANG BERIMAN



1. Bertaqwa.

Taqwa bererti patuh dan tunduk kepada perintah Allah dan meninggalkan semua laranganNya seperti yang termaktub dalam al Qur'an dan as Sunnah.

Firman Allah s.w.t.;


i. Hai orang-orang yang beriman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu furqaan(pembeza antara yang haq dan batil). Dan Kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar. (s. al Anfaal 29)


ii. Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa mendapat kemenangan (s. an Naba'31)

2. Berpegang teguh kepada al Qur'an dan al Hadith.

Berpegang teguh bererti mematuhi perintah Allah dan RasulNya berdasarkan al Qur'an dan al Hadith dalam setiap keadaan dan ketika.

Firman Allah s.w.t.;


Dan barangsiapa yang mentaati Allah dan RasulNya, mereka itu akan bersama -sama dengan orang-orang yang dianugerahi nikmat oleh Allah: Nabi-nabi, para shiddiqin, orang-orang yang mati syahid dan orang-orang saleh. Dan mereka itulah teman yang sebaik-baiknya. (s. an Nisa' 69)

3. Ikhlas.

Ikhlas bererti setiap ibadah yang kita lakukan adalah kerana Allah (bukan kerana selain Allah). Kita tiada daya dan upaya untuk melaksanakannya. Allahlah yang mengurniakan kita kemahuan dan kekuatan untuk melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

Firman Allah s.w.t.;


Katakanlah: Sesungguhnya aku diperintahkan supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepadaNya dalam (menjalankan ) agama (cara hidup Islam). (s. az Zumar 11)

4. Berusaha memelihara keimanan sehingga ke akhir hayat.

Orang beriman hendaklah sentiasa memelihara keimanannya daripada bercampur dengan perkara-perkara yang boleh merosakkannya seperti, syirik atau ragu-ragu. Sekiranya kita telah tersilap langkah atau terlintas difikiran kita keraguan atau perasaan tidak yakin , hendaklah segera kita memohon keampunan kepada Allah supaya keimanan kita sentiasa mantap dan kukuh.

Firman Allah s.w.t.;


Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka dengan kezaliman (syirik); mereka itulah yang mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk. ( s. Al Anaam 82)

Firman Allah s.w.t. lagi;


Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan Tuhan kami ialah Allah kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan : Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu. Kamilah pelindung-pelindungmu dalam kehidupan dunia dan di akhirat; di dalamya kamu memperolehi apa yang kamu inginkan dan memperoleh pula di dalamnya apa yang kamu minta. Sebagai hidangan (bagimu) dari Tuhan Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (s. as Sajdah 30-32)

5. Sentiasa mengingati Allah.

Sentiasa mengingati Allah dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

Firman Allah s.w.t.;


Iaitu orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah hanya dengan mengingati Allahlah hati menjadi tenteram. ( s. Ara'd 28)

Sabda Nabi s.a.w.;


i. Barangsiapa banyak berzikrullah, nescaya dikasih akannya oleh Allah. ( Riwayat Ahmad)

ii. Barangsiapa selawat atasku sekali, nescaya dirahmat oleh Allah taala atasnya sepuluh kali, dan digugurkan daripadanya sepuluh kesalahandan diangkat baginya sepuluh darjat HR al Bukhari)


Apabila hati tenang , segala masalah atau ujian yang hidup mampu dihadapi dengan tenang serta tidak mudah menggelabah. Ketenangan itu diperolehi melalui solat fardhu dan sunat , zikir dan istighfar, menghayati al Qur'an dan berselawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w.

6. Berjemaah serta tidak mengasingkan diri.

Berjemaah bererti bersama-sama berganding-tangan melaksanakan amal saleh melalui perkumpulan yang sah disisi pendaftaran pertubuhan negara undang-undang negara , mematuhi undang-undang dan perlembagaan negara, membantu menjaga keamanan negara dan tidak menimbulkan huru-hara.

Firman Allah s.w.t;


i. Dan berpegang teguhlah kamu sekelian kepda tali Allah (al Quran dan alSunnah) dan janganlah kamu bercerai berai… (s. ali Imran 103)


ii. Sesunggunya orang -orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah antara dua saudara kamu itu dan bertaqwalah kepada Allah agar kamu beroleh rahmat. ( s. al Hujuraat 10)

Sabda Nabi s.a.w.;


i.Orang Mukmin yang satu bagi orang Mukmin yang lain ibarat bangunan yang satu menunjang dan memperkuat yang lain. (HR al Bukhari)


ii. Sesungguhnya Allah berfirman pada hari kiamat: manakah orang-orang yang saling mencintai pada jalanKu. Maka demi kemuliaanKu dan keagunganKu, pada hari ini Aku payungi mereka dengan naunganKu, iaitu hari di mana tidak ada tempat berteduh selain naunganKu. (HR AtTabrani)


iii. Janganlah engkau bersahabat (secara akrab) melainkan dengan orang yang beriman, dan janganlah makan akan makanan engkau melainkan yang bersifat taqwa. (Riwayat Abu Daud)

7. Organisasi yang tersusun, berperancangan dan bermesyuarat.

Orang beriman yang bergerak dan beramal secara berpersatuan yang sah disisi undang-undang, mematuhi perintah Allah dan RasulNya dan negaranya, berperancangan, mempunyai struktur organisasi yang kemas dan rapi, dan mengutamakan mesyuarat , bukan sahaja mendapat keberkatan dan rahmat Allah bahkan memelihara keimanan dan mengukuhkan keimanannya.

Sabda Nabi s.a.w.;


i.Barangsiapa ingin mengadakan sesuatu pekerjaan maka bermesyuaratlah dengan seorang muslim , nescaya ditaufiq akannya oleh Allah dengan sebaik-baik pekerjaan. (riwayat atTabrani dari Ibnu Abbas)


ii. Bandingan antara Muslim dengan Muslim yang lain samalah seperti binaan yang tersusun kukuh , sebahagian memperkuat kan yang lain. (HR Bukhari dan Muslim)


iii. Kekuatan Allah bersama-sama dengan jemaah, sesungguhnya serigala itu akan dapat
memakan kambing yang terpisah dari kumpulannya. (HR Abu Daud)

1 comment:

  1. Harrah's Cherokee Casino & Hotel - Mapyro
    Harrah's Cherokee Casino 광주 출장샵 & Hotel 사천 출장마사지 is located in the heart of titanium tubing Great Smoky Mountains National Park in Cherokee, 천안 출장마사지 North Carolina. Harrah's Cherokee 의왕 출장안마 Casino is open

    ReplyDelete

IMAN (BAHAGIAN 1)


1. Iman bererti membenarkan atau percaya.

Iman dari segi agama bererti membenarkan dengan hati, berikrar dengan lisan dan beramal dengan ajaran-ajaran Allah s.w.t. yang dibawa oleh utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;

Iman itu bukan cita-cita dan bukan juga angan-angan, tetapi (iman) ialah rasa yang di dalam hati dan dibuktikan dengan perbuatan.

Oleh itu iman bukanlah sesuatu yang diperkatakan di lidah (dakwa diri beriman) tetapi iman ialah perasaan yang mantap di hati dan seterusnya dirasai oleh seluruh anggota badan (sehingga melahirkan perbuatan yang baik) berlandaskan al Qur'an dan as Sunnah..


2. Merujuk ayat al Qur'an (Surah al Anfal, ayat 2).

Orang yang mengakui beriman dengan Allah s.w.t. pasti ada bukti atau tanda yang hany dirinya mengetahui. Tanda-tanda tersebut ialah;

a. apabila disebut nama Allah akan berasa gentar (atau lazat atau tenang ) hatinya sehingga kadang-kadang menitiskan air mata.
b. apabila dibacakan ayat-ayat Allah atau diperlihatkan ( dizahirkan) tanda-tanda kebesaran Allah atau ancaman atau azab Allah pasti keimanannya bertambah.
c. apabila melakukan satu kerja atau usaha yang baik kemudiannya berhadapan dengan kesusahan,kepayahan atau fitnah, maka dia akan bertawakkal kepada Allah.



3. Keimanan adalah hak Allah s.w.t..

Keimanan adalah anugerah Allah kepada sesiapa sahaja dari kalangan hamba-hambanya. Allah berkuasa untuk mengurniakan keimanan yang sebenar itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki.

Firman Allah s.w.t dalam surah al Fath , ayat 4;

Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah disamping keimanan mereka ( yang telah ada). Dan kepunyaan Allahlah tentera langit dan Bumi dan adalah Maha Mengetahui lagi maha Bijaksana.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.;

Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada jasadmu juga tidak rupa parasmu, tetapi Allah melihat hatimu.

IMAN (BAHAGIAN 2)


Allah s.w.t. membimbing manusia yang mahu beriman dengan keimanan yang sebenar melalui utusanNya Nabi Muhammad s.a.w.. Perkara-perkara yang perlu dimiliki seseorang untuk mendapatkan keimanan itu ialah;

1. Ikhlas dalam peribadatan kepada Allah s.w.t..


Firman Allah s.w.t.;


i. Dan (aku telah diperintahkan) "Hadapkanlah mukamu kepada agama yang tulus dan ikhlas dan janganlah kamu termasuk termasuk orang-orang yang musyrik”. ( Surah Yunus, ayat 12)


ii. Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadah kerananya. (Surah al Bayyinah, ayat 5)


Dalam mengerjakan ibadat yang difardukan seperti solat, puasa,haji dan zakat, semuanya hendaklah dilakukan semata-mata kerana Allah (bukan kerana yang lain). Dalam melakukan amal salih seperti bersedekah, bekerja atau sebagainya, juga hendaklah dilakukan dengan ikhlas. Ikhlas bererti melakukan ibadah hanya untuk mencari keredhaan Allah, dan bukan kerana mencari nama, pangkat, kedudukan, sanjungan atau penghormatan.

2. Bersifat pemurah (tidak bakhil).


Firman Allah s.w.t.;


Kamu sekali-kali tidak akan mendapatkan kebaikan, sebelum kamu menafkahkan apa yang kamu sukai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahui.


Sabda Nabi Muhammad s.a.w.;


Barangsiapa yang mempunyai harta, maka bersedekahlah dengan kekayaannya, dan barangsiapa yang mempunyai ilmu, maka bersedekahlah dengan ilmunya, dan barangsiapa yang mempunyai tenaga, maka bersedekahlah dengan tenaganya.

3. Merendah diri (tidak menyombongkan diri atau angkuh).


Firman Allah s.w.t.;


Dan hamba-hamba yang baik dari Tuhan Yang Maha Penyayang itu ialah orang-orang yang berjalan di atas muka bumi dengan rendah hati, dan apabila orang-orang yang jahil menyapa mereka, mereka mengucapkan kata-kata yang mengandungi keselamatan. ( Surah al Furqan, ayat 63)


Sabda Nabi Muhammad s.a.w.;


Barangsiapa yang merendahkan diri, Allah akan menyambutnya dan barangsiapa yang sombong maka Allah akan meremehkan dan merendahkan.

4. Berkata benar.


Firman Allah s.w.t.;


Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah, dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang yang benar. ( Surah at Taubah, ayat 119)


Sabda Nabi Muhammad s.a.w.;


Hendaklah kamu bersifat benar, kerana sifat benar membawa kepada kebaikan dan kebaikan akan membawa ke syurga. Dan akan tetaplah ia bersifat benar dan sentiasa mencari sifat benar sehingga ditulis oleh Allah sebagai seorang yang sangat benar iaitu siddiq.

Mudah-mudahan sesiapa sahaja yang memiliki empat sifat utama ini akan mendapat keutamaan di sisi Allah untuk dikurniakan keimanan yang sebenarnya. InsyaAllah.