
1. Allah mengurniakan ketenangan yang sebenar.
Firman Allah s.w.t.
( s. al Fath 4)
2. Allah memelihara dan melindungi orang beriman.
Ketika orang yang beriman melaksanakan segala perintah dan meninggalkan segala larangannya sudah pasti dia berhadapan dengan musuh-musuh yang sentiasa cuba menggagalkan usaha orang beriman yang murni itu. Allah sentiasa menjaga dan memelihara orang yang beriman.
Firman Allah s.w.t.;
3. Allah memberkati ucapan yang baik dari orang beriman.
Ucapan, teguran atau nasihat dari orang beriman ember kesan yang mendalam di dalam hati orang yang mendengarnya kerana perbuatan dan percakapan orang beriman sentiasa diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t.;
4. Allah mengurniakan petunjuk (jalan kehidupan yang sebenar).
Apabila orang beriman bersungguh-sungguh beramal saleh dengan sepenuh keikhlasan dan ketaqwaan, Allah akan sentiasa membimbingnya dan menunjukkannya ke kehidupan yang baik yang diredhaiNya.
Firman Allah s.w.t.;
Walaubagaimanapun orang beriman dilarang berlaku zalim dan mensyirkkanNya kerana itu akan menghalangnya dari mendapat petunjuk.
Firman Allah s.w.t. lagi;
5. Allah mengurniakan sifat siddik kepada orang beriman kerana keyakinan dan kesungguhan mereka dalam berjihad.
Gelaran yang sangat mulia ini (as Siddik) adalah gelaran yang dianugerah Allah kepada orang beriman yang ‘tidak banyak soal’ dan tidak banyak karenah dalam menunaikan apa yang diperintah dan meninggalkan apa yang dilarang serta bersungguhn-sungguh dalam berjuang menegakkan kalimah Allah dengan harta jiwa dan raganya. Semuanya dilakukan dengan keikhlasan serta mencari keredhaanNya.
Firman Allah s.w.t.;
6. Allah mengurniakan al Qur'an yang akan menjadi penawar dan rahmat kepada orang beriman.
Berkat keimanan dan kesungguhannya dalam beramal saleh dengan mengambil panduan kehidupan dari al Quran dan as Sunnah, Allah mengurniakan al Quran sebagai ubat, penawar dan rahmat dariNya.
Firman Allah s.w.t.;
7. Allah membaiki kehidupan orang beriman.
Orang beriman yang berusaha bersungguh-sungguh melakukan amal saleh serta tidak mensyirikkanNya, mudah-mudahan. Allah akan mengampunkan segala dosa-dosa mereka dan memperbaiki kehidupan mereka.
Firman Allah s.w.t.;
8. Allah membalasi kehidupan yang lebih baik.
Orang beriman meyakini kehidupan akhirat yang gemilang dan menjadikan kehidupan dunia sebagai ladang untuk mendapatkan kehidupan akhirat yang gemilang , kekal abadi.Oleh itu mereka akan bersungguh-sungguh melakukan amal saleh yang merangkumi bidang ekonomi, pendidikan , sosial, politik, dakwah dan sebagainya.
Firman Allah s.w.t.;
9. Allah kurnia ganjaran yang baik kerana ketaqwaannya.
Orang beriman sentiasa patuh dan tunduk kepada perintah Allah dan rasulNya serta meninggalkan segala laranganNya.
Firman Allah s.w.t.;
(s. az Zumar 10)
10. Allah kurnia rahmat.
Orang beriman sentiasa bantu membantu dalam urusan dakwah dan amal saleh.Sifat suka tolong-menolong dalam amal saleh menyebabkan mereka dikurnia rahmat oleh Allah.
Mereka akan berbincang, nasihat-menasihati, tegur menegur serta berganding bahu dalam segala urusan yang akan memperbaiki kehidupan umat Islam diserata dunia ini sehingga Islam menjadi satu kehidupan yang agung.
Firman Allah s.w.t.;
11. Orang beriman mengambil al Qur'an dan as Sunnah sebagai panduan hidup.
Dalam setiap hal al Qur'an dan as Sunnah sentiasa menjadi rujukan dan panduan bagi orang-orang beriman.
Firman Allah s.w.t.;